Wednesday, August 20, 2008

KEMENTERIAN PELANCUNGAN MALAYSIA

Pelik lagi pelik. Itulah perasaan saya ketika saya membaca tentang kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah negaraku yang tercinta ini sudah pun mempunyai suatu kementerian baharu? Ataupun kemungkinan hal ini akan menjadi kenyataan pada masa yang akan datang?

Jika kebetulan sahaja, mungkinkah kementerian ini diberi nama KEMENTERIAN PELANCUNGAN MALAYSIA? Jika secara kebetulan lagi, mungkingkah buat masa kini, Kementerian Pelancungan Malaysia sudah pun melancarkan kempen TAHUN MELIWAT MALAYSIA ke pentas antarabangsa?

Sebelum saya mengakhiri, izinkan saya memetik dari Kamus Dewan untuk memberi erti kepada kata PELANCUNGAN.

Lancung - 1. tidak tulen 2. tidak jujur

melancung - membuat palsu atau tidak benar, menipu

kelancungan - keadaan yang tidak tulen, kepalsuan

Beginilah erti kata yang dipetik dari Kamus Dewan.

No comments: